Mangga Boleh Mengelakkan Kanser

Mangga mungkin terlalu erat dengan lidah kita. Oleh kerana eratnya, kita mungkin tidak tahu bahawa dalam isinya yang kuning dan merah, itu terkandung zat-zat luar biasa yang boleh menjadi penawar kepada kanser dan strok. Selain itu, mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan Malaysia. Mangga atau nama saintifiknya Mangifea indica L. dari keluarga Anacardiaceae dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burma dan mungkin juga dari Asia Tenggara. Di Malaysia, kawasan utama ditanam ialah Perak, Perlis dan Kedah. Bagaimanapun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain.
Buah mangga terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya berwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarna kuning pucat hingga ke oren . Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi endokap bersabut keras. Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri dari poliembryinik iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah.
Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 – 40 meter. Dahannya tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh. Berdaun lebat berwarna merah ke coklat hingga ke hijau terang bergantung pada klon. Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite biasanya mengandungi 1 – 40 % dari jumlah (200-10,000) bunga pda setiap tangkai. Walaupun bentuk, ukuran, warna dan rasa buah mangga adalah beragam, dari segi gizi, semuanya hampir tidak jauh berbeza. Mangga ranum segar mengandungi air sekitar 82 peratus, vitamin C 41 mg dan kalori 73 kal per 100 gram. Manakala, pada setiap 100 gram mangga muda yang masih belum matang, terkandung air lebih kurang 84 peratus, vitamin C 65 mg dan 65 kal. Tenaga dalam mangga muda lebih rendah kerana lebih banyak mengandungi zat pati yang akan berubah menjadi gula dalam proses pematangan. Sebahagian besar tenaga mangga berasal dari karbohidrat berupa gula yang membuatnya terasa manis . Kandungan gula ini didominasi oleh golongan sukrosa. Mangga mempunyai lebih kurang 7 – 12 peratus kandungan gula tetapi ada juga jenis mangga gulanya yang mencapai hingga 16 – 18 peratus.
Mangga juga merupakan sumber beta-karotin, kalsium dan vitamin C. Beta-karotin adalah zat di dalam tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karotin (dan vitamin C) juga tergolong dalam anti-oksida, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok dan pengaruh-pengaruh persekitaran lain. Zat-zat gizi anti-oksida, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu kesihatan pembuluh-pembuluh darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menggelakkan produksi natrosamin iaitu satu zat pemicu kanser .
Mangga bukanlah jenis pokok yang sukar untuk ditanam. Kebiasaannya ia ditanam secara pembiakan tampang, tut atau kaedah klip (”cleft method”) supaya pokok yang ditanam akan menyerupai pokok asal dan mengeluarkan hasil dengan cepat. Penanaman anak benih harus dilakukan berhati-hati agar tidak mencederakan sistem akarnya. Mangga sesuai ditanam dalam cuaca kering yang agak panjang (di antara 2 – 4 bulan) dan ketika suhu berada sekitar 24 – 30 darjah C.
Bagi mendapatkan buah yang berkualiti dan mengurangkan penggunaan bahan kimia, semasa buah sebesar ibu jari, bungkuskan dengan kertas-kertas suratkhabar lama seperti prosedur yang biasa dilakukan. Pegurusan air sangat penting ketika musim kemarau pada tahun-tahun pertama pertumbuhan (”juvenile phase”) dan semasa pembesaran buah. Hujan diperlukan ketika berbunga dan pembentukan buah. Bagaimanapun, pokok tidak digalakkan diairkan semasa berbunga dan semasa buah sudah matang (”ripening stages”). Mangga mengambil masa 13 – 16 minggu untuk matang dari masa pembentukan buah bergantung pada klon. Mangga yang telah dipetik boleh disimpan selama 4 hingga 9 minggu pada suhu 9 – 10 darjah C, manakala buah yang masak boleh disimpan 4 hingga 7 hari dalam suhu 18 – 21 darjah C.
Advertisements

Posted on March 7, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: