Khasiat & Kebaikan Biji Tembikai


Umum memang sudah tahu mengenai khasiat yang terdapat pada buah tembikai. Selain enak dimakan kerana rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan. Ia kaya dengan vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat.

Namun ramai yang sukakan tembikai akan membuang biji tembikai tanpa menyedari bahawa biji tembikai kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan.

Antara manfaat biji tembikai kepada kesihatan tubuh adalah ia mengandungi likopen yang bukan saja menambah seri wajah tetapi juga mampu menambah kesuburan lelaki.

Ia juga sumber terbaik bagi kumpulan vitamin B yang penting dalam mengekalkan kesihatan darah, sistem saraf dan berkesan dalam memelihara sistem pertahanan badan.

Satu cara untuk mendapatkan kebaikan biji tembikai adalah dengan merebusnya selama 45 minit di dalam periuk bertutup dan airnya boleh diminum seperti teh. Selain dikatakan baik untuk membantu seseorang sembuh dengan lebih cepat, ia juga dikatakan boleh menajamkan ingatan.

Selain itu, biji tembikai memiliki asid amino lengkap, membantu serapan kalsium, pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma, sistem kardiovaskular dan kesihatan seksual.

Ia juga penuh dengan magnesium yang penting untuk memastikan fungsi sihat jantung, mengekalkan tekanan darah normal, menyokong proses metabolisma dan sintesis protein.

sementara itu, kandungan minyak biji tembikai juga baik untuk penjagaan kulit supaya ia sentiasa gebu dan lembut, bebas daripada masalah jerawat dan masalah penyakit kulit yang lain serta mampu mengelak masalah penuaan pramatang.

Apabila disapu pada rambut, minyak yang berasal daripada biji tembikai membantu untuk menjadikan rambut sihat, subur dan berkilat.

Jadi selepas ini jika anda memakan buah tembikai, makan sekali biji tembikai!

Advertisements

Posted on March 10, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: