Rumah Di Bandar Ini Semuanya Senget Dan Bengkok!!

Lavenham adalah sebuah bandar kaya zaman pertengahan yang mempunyai sejarah berasaskan perdagangan bulu.

Dalam abad ke-15 dan ke-16, bandar Lavenham yang terkenal dengan kain biru diperbuat daripada bulu berkualiti tinggi. Menjelang abad ke-15-an, bandar ini adalah yang paling kaya di Kepulauan British, pendapatan cukai daripada bandar ini jauh lebih besar seperti York dan Lincoln.


Kemakmuran di pekan ini dan kekayaan pada era itu dapat dilihat dengan jelas dan mewah, gereja-gereja di bina berdiri megah di atas puncak bukit di akhir jalan utama yang tinggi.

Pekan ini berkembang dengan begitu pantas dan banyak rumah-rumah telah dibina dengan tergesa-gesa dengan kayu yang belum cukup kering. Dan bilamana kayu kayu pada bahagian rumah yang telah siap di bina mula mengering, ianya mula meleding, menyebabkan rumah-rumah membengkok pada sudut yang tidak dijangka.

Dan lebih malangnya, kekayaan bandar Lavenham  tidak kekal lama. Apabila pelarian Belanda yang menetap di Colchester mula mengeluarkan kain yang lebih murah, lebih ringan dan lebih bergaya daripada kain di bandar Lavenham, industri kain di bandar ini muflis.

Penduduk Lavenham ini telah kehilangan kekayaan dan tidak mempunyai wang untuk membina semula rumah mereka, rumah bengkok di bandar Lavenham ini dibiarkan begitu saja.



Advertisements

Posted on March 16, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: