Kisah Benar Masuk SYURGA atau NERAKA Kerana SEEKOR LALAT?!!

Bagaimana seekor serangga yang berterbangan di tempat yang kotor, jijik dan busuk ini boleh menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke syurga dan neraka?.
Sila baca dan hayati hadis nabi saw ini yang bermaksud :
” Terdapat seorang masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang yang masuk neraka kerana seekor lalat “. Para sahabat bertanya, “Bagaimana hal itu boleh terjadi, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Terdapat dua orang berjalan melalui suatu kaum yang mempunyai berhala. Mereka tidak membenarkan seorang pun melewati berhala itu sebelum mempersembahkan kepadanya satu kurban.
Maka berkatalah mereka (kaum itu) kepada salah seorang dari laki-laki tersebut, “Berkorbanlah!” Dia menjawab, “Aku tidak memiliki sesuatu pun untuk dikorbankan”. Mereka berkata lagi kepadanya, “Berkorbanlah, walaupun hanya seekor lalat. Maka laki-laki itu berkorban dengan seekor lalat. Lalu mereka pun membenarkannya meneruskan perjalanan. Maka ia pun masuk neraka.
Kemudian kaum itu berkata lagi kepada seorang yang lain, “Berkorbanlah!!” Lalu laki-laki itu menjawab, “Aku sama sekali tidak pernah menjadikan kurbanku kepada seorang pun, selain Allah. Maka kaum itu memenggal lehernya dan masuklah ia ke dalam surga”.
[HR. Ahmad dalam Az-Zuhud (15), dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah (1/203). Hadits ini di-shahih-kan oleh Abu Ya’la Muhammad Aiman As-Salafy dalam Bughyah Al-Mustafid (hal. 150)].
Keterangan :
Seseorang yang melakukan korban selain untuk Allah telah melakukan syirik yang menyebabkan dicampakkan ke dalam neraka .
sabda Rasulullah saw:
Allah melaknat seseorang yang melakukan korban SelainNya. (Imam Muslim) Seorang yang menyembelih kepada selain Allah –Ta’ala- merupakan orang yang musyrik, telah mengangkat makhluk yang disembelihkan tersebut sebagai sembahan selain Allah.
Berkorban atau menyembelih merupakan ibadah yang hanya diarahkan kepada Allah, kerana Allah menciptakan kita untuk suatu tugas yang agung, iaitu hanya beribadah kepadaNya.
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
‘’Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepadaKu” (QS.Adz-Dzariyaat :56)
Sementara orang yang kedua tetap mempertahankan tauhidnya sehingga dia dibunuh. Maka dia telah meninggal dunia dengan mulia iaitu mempertahankan agamanya dan dimasukkan ke syurga.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Sesiapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.( hadis sahih).
hadis ini menjelaskan tentang kepentingan menjaga akidah dan tauhid dan menghindari perbuatan yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada hadis ini.
Advertisements

Posted on March 17, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: