KEPENTINGAN SOLAT DAN HIKMAH

Solat merupakan kewajiban dan syair yang paling utama seorang muslim. Solat juga merupakan ibadah harian yang diamalkan berulang-ulang kali.

Solat merupakan ibadah yang pertama kali ditanya dan dihisab bagi setiap mukmin pada hari kiamat .

Solat merupakan garis pemisah antara iman dan kufur – antara orang beriman dan orang kafir , sebagaimana ditegaskan oleh Rasullulah saw :

“Batas antara seseorang dengan kekufuran adalah meninggalkan solat” (Riwayat Muslim)

“Perjanjian antara kita dengan mereka adalah solat , maka sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia kafir.” (Laporan al-Nasa’i, al-Tarmizi dan Ahmad)

HIKMAH SOLAT

1- Meningkatkan perasaan ubudiyah terhadap Allah, kerana kesibukkan kita dengan urusan dan tanggungjawab dunia kadangkala menjadikan kita alpa siapa diri kita yang sebenarnya. Bersolat mengingatkan kita akan kedudukan kita sebagai hamba kepada pencipta kita iaitu Allah .

2- Masa untuk manusia bertaubat kepada Alllah daripada segala dosa dan kesalahan yang mereka lakukan sepanjang hari . Secara sedar atau tidak kita melakukan pelbagai dosa setiap hari. Oleh itu, solat yang dikerjakan secara berterusan membantu membersihkan dosa-dosa ini dan menyucikan hari kita daripada kecenderungan kepada maksiat, sebagaimana sabda Rasullulah saw :

“Apa pandangan kamu sekiranya terdapat sebatang sungai di hadapan pintu salah seorang daripada kamu di mana dia mandi di situ lima kali sehari. Adakah masih tinggal sebarang kekotoran pada tubuhnya ?” Mereka berkata:” Tiada ada sebarang kotoran.”

Baginda berkata lagi :”Demikian juga seperti solat lima waktu, di mana Allah menghapuskan segala dosa.”
(Direkodkan oleh Tarmizi dalam kitab Sunan al-Tarmizi pada bab Perumpamaan daripada Rasullulah saw; perumpamaan solat lima waktu. )

3- Solat lima waktu ini juga bertindak sebagai pengisian atau makanan yang berterusan kepada akidah dan keyakinan kepada Allah. Dengan makanan dan bekalan yang mencukupi,iman dan akidah akan menjadi lebih kuat .

Petikan ” Buku Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat”

Advertisements

Posted on March 30, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: