Teknik-Teknik Ubah Wajah Skema dan Nerd?

Teknik-Teknik Ubah Wajah Skema dan Nerd?|

Tidak mahu digelar #skema, ada yang sanggup tahan mata yang kabur di depan rakan. Kini kanta lekap menjadi pilihan anak muda untuk ubah gaya. Beberapa tip boleh dicuba dalam artikel dikongsi oleh  SHUHADA MANSOR

Beberapa tahun lalu sukar untuk kita dapatkan bentuk kaca mata yang bergaya, tetapi kini pelbagai bentuk, gaya dan warna ada di pasaran. Dengan terhasilnya pembaharuan ini, penampilan individu memakai kaca mata tidak lagi nampak bosan.

Bagi wanita, mungkin pemakaian kaca mata dianggap menghalang anda daripada menggayakan solekan khususnya di bahagian mata, tetapi hakikatnya ia boleh diubah.

#Asas solekan

Apabila memakai kaca mata, bahagian mata akan terhalang oleh cermin namun jika anda selesa, oleskan pembayang mata, ‘eye liner’ dan maskara dengan warna yang agak terang dan menarik untuk menaikkan kesan di bahagian itu.

Tapi perlu diingat, solekan nipis sudah memadai kerana ia akan membuatkan anda tidak selesa sekiranya solekan tebal dikenakan.

#Sembunyi kelemahan

Mata bengkak dan lingkaran gelap bawah mata selalu dihadapi sesiapa yang memakai kaca mata. Untuk menampakkan anda lebih segar, sapukan ‘concealer’ bertindak sebagai pemadam lingkaran gelap. Ia sekali gus menyerlahkan sinaran mata.

Jangan hanya tertumpu di bahagian mata, oleskan gincu warna terang jika anda berani dan warna lembut mengikut kesesuaian keadaan untuk tampilkan kelainan. Perlu diingat, jangan biarkan bibir pucat dan lesu sepanjang hari kerana ia akan menampakkan anda lebih skema.

#Labur untuk gaya

Bagi lelaki, solekan adalah mustahil untuk dilakukan. Caranya mudah, untuk mengubah gaya, apa kata anda laburkan sedikit wang untuk membeli kaca mata dengan bentuk dan warna lain daripada kebiasaan.

Jika selesa, anda boleh menukar penampilan dengan mengenakan kanta lekap ke pejabat ataupun ke kuliah sekali sekala. Tidak salah melakukan pembaharuan jika anda berani.

Gabungan aksesori seperti topi ataupun ‘baretta’ boleh digabungkan untuk menampakkan jejaka berkaca mata lebih tampan. Jika tidak mahu digelar skema, anda perlu berani mengubah stail sama seperti mereka yang tidak berkaca mata.

Advertisements

Posted on March 30, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: