Bertaubatlah kamu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور

Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Umar RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat seseorang hamba selagi dia tidak mengalami ghargharah (nazak).” (Tirmizi)

KETERANGAN: Apabila roh mula keluar dari badan seorang hamba sewaktu nazak, maka sejenis bunyi yang dinamakan ghargharah akan keluar dari kerongkong. Selepas keadaan itu berlaku tidak ada harapan lagi untuk hidup. Keadaan ini ialah tanda kematian yang berakhir dan pasti. Oleh itu, selepas tanda ini zahir, beriman atau bertaubat tidak akan berguna lagi.

Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bertaubat setahun, sebulan, seminggu, sehari, sejam malah sekadar tempoh masa yang sekejap antara dua kali memerah susu unta sebelum dia mati pun taubatnya masih diterima oleh Allah SWT.” (Mustadrak Hakim)

Sayyidina Anas RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Setiap anak Adam akan melakukan kesalahan dan pesalah yang paling baik ialah yang selalu bertaubat.” (Tirmizi)

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..

آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين

Advertisements

Posted on April 21, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: