SOLAT SUNAT BULAN REJAB?

Oleh Ustaz Nuzul

Pendapat Ulama-Ulama Mazhab ash-Shāfi’ī tentang Solat Khusus pada Awal Jumaat Bulan Rejab…

Walaupun seperti yang sedia maklum, tajuk ini bukanlah tajuk yang baru. Malah, perkara ini hampir dibincangkan setiap tahun apabila datangnya bulan Rejab. Hanya kerana diajukan kepada saya perkara ini, dan diberitahu bahawa ada masjid yang akan melakukannya, maka ingin saya berkongsi kata-kata sebahagian Ulama-Ulama Besar mazhab ash-Shāfi’ī.

1. Al-Imām an-Nawawī berkata: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Gharāib adalah: 12 raka’āt yang dilakukan diantara Magrib dan Isyak pada malam Jumaat yang pertama bulan Rejab, dan solat malam Niṣfu Sya’bān 100 raka’āt, kedua-dua solat ini adalah bid’ah, merupakan dua perkara munkar yang dikeji, dan janganlah (kamu) terpedaya dengannya (hanya) kerana ia disebut di dalam kitab Qūt al-Qulūb (karangan al-al-Imām Abū Tālib al-Makkī) dan Ihyā’ Ulūm ad-Dīn dan tidak juga pada hadith-hadith yang disebut berkenaan kedua (amalan) itu, sesungguhnya kesemua itu adalah bathil…” al-Majmu’, Juz 4, Ms 56.

2. Ibn Hajr al-Asqālanī: “Tidak disebutkan di dalam kelebihan Rejab, dan tidak pada puasanya (keseluruhan), dan tidak juga pada puasa sebahagian darinya, dan juga tidak pada berqiyamulail pada malam tertentu di dalamnya, hadith sahih sesuai untuk dijadikan hujjah…” Tabyīn al-Ajab Bimā Warada fi Faḍli Rajab, Ms 11.

3. Al-Imām as-Suyūṭī: “Telah diriwayatkan padanya (solat al-Gharāib) hadith palsu dengan kesepakatan ulama’…dan dinamakan ia solat al-Gharāib…”
– al-Amru bi al-Ittiba’, Ms. 167,169,171.

Al-Imām as-Suyūṭī di dalam kitab yang sama telah menukilkan fatwa Ibn al-Ṣalāh (juga ulama mazhab ash-Shāfi’ī) yang mengutuk solat tersebut.

4. al-Imām Zakariyā al-Anṣharī: “Dia (an-Nawawī) telah berkata di dalam Majmu’ bahawa antara Bid’ah yang dikeji (mazmūmah) adalah solat al-Gharāib 12 raka’āt yang dilakukan diantara Magrib dan Isyak pada malam Jumaat yang pertama bulan Rejab…” – Asnā al-Maṭālib, Juz 1, Ms 206.

Maka dengan itu, saya mengajak diri saya dan semua yang mengikut Mazhab ash-Shāfi’ī agar tidak menghadiri majlis khusus yang melakukan solat al-Gharāib.
WAllahu A’lam

*
Ustaz Nuzul merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda, Al-Quran dan As-Sunnah (UIAM) dan sedang membuat Master dalam bidang hadis (Jordan).

| http://www.fb.com/AlkahfiServices | http://www.alkahfi.com.my |

Advertisements

Posted on April 22, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: